KEMAHIRAN PENEGUHAN
DEFINISI
Merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila pelajar memberi jawapan yang betul atau
menunjukkan prestasinya salam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru memberikan pujian sebagai
pengukuhan tingkah laku. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku responden dan
tingkah laku operan. Peneguhan juga boleh berupa negatif dan positif.
PRINSIP-PRINSIP KEMAHIRAN PENGUKUHAN
- Bentuk pengukuhan haruslsh diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan
- Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif
- Peneguhan positif harus dielakkan
- Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur.
OBJEKTIF
- Memberi galakan kepada pelajar dalam aktiviti pembelajaran
- Mengukuhkan konsep atau isi supaya kekal dalam ingatan
- Menggalakkan pelajar yang terlibat serta pelajar-pelajar terus menunjukkan tingkah laku yang positif
- Memupuk semangat keyakinan untuk pelajar yang mewujudkan tingkah laku yang positif.
KESAN KEMAHIRAN PENGUKUHAN
- Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar
- Pelajar-pelajar akan berusaha memberi tingkah laku yang posistif.
- Pelajarpelajar lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan
- Pelajar yang menerima peneguhan akaan merasa usahanya telah dihargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah.
- Perhubungan antara guru dengan pelajar akan bertambah erat dan mesra
Tiada ulasan:
Catat Ulasan