PENILAI:ROSHAMFITRI BIN SAMSURI
GURU DINILAI:NURUL SHAHIRA BINTI HASSAN
Bahagian A: Persediaan
Objektif
|
Objektif yang diberikan adalah secara tepat dan jelas. Buktinya objektif yang diselitkan boleh di ukur dan murid mampu mengikut perkara yang diajarkan berdasarkan sukatan pelajaran.
|
Perancangan
|
Isi kandungan yang disampaikan dan objektif pembelajaran kepada murid adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran
|
Strategi / Kaedah
|
Guru menggunakan strategi atau kaedah yang bersesuaian terhadap pembelajaran yang diajarkan. Strategi yang digunakan adalah bersesuaian
|
Kemahiran Berfikir / kemahiran berbahasa / nilai
|
-Guru memberikan rangsangan kepada murid untuk berfikir
- Terdapat nilai-nilai yang guru telah terapkan semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
-Guru memberi arahan dengan jelas serta murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru.
- Guru menggunakan kemahiran berbahasa ibunda dan murid faham apa yang telah diajar.
- Terdapat penilaian dalam pembelajaran.
|
BAHAGIAN B : Perkembangan
Permulaan Pengajaran
|
-Guru telah membuat kesediaan kepada pelajar semasa hendak memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
- guru berkeupayaan untuk menarik perhatian murid dengan memulakan tayangan video semasa permulaan pembelajaran sebagai set induksi kepada guru.
|
Perkembangan Pengajaran
|
-Guru telah memberi penerangan dengan baik terhadap jenis perwatakan yang diajar kepada pelajar.
-Guru mengaitkan contoh penerangan tersebut dengan contoh yang lebih mudah difahami.
-Guru perlu memberikan peneguhan positif apabila murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan betul.
|
Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tingi
|
-Guru telah bertanya kepada pelajar berdasarkan perwatakan yang diketahui dan ini telah menyumbang kepada kemahiran berfikir aras tinggi pelajar ( KBAT) melalui tayangan video.
|
Pengurusan Bilik Darjah
|
-Kelas berjaya dikendalikan dengan baik dan terkawal.
- Guru bijak mengelola dan mengurus bahan yang digunakan
|
Komunikasi / Pertuturan
|
- Guru telah berjaya mewujudkan komunikasi dua hala iaitu antara guru dan pelajar serta pelajar dan guru.
-Komunikasi yang diberikan oleh guru, memberikan kefahaman kepada pelajar
-Guru telah berinteraksi terhadap murid dengan berkesan.
|
Pencapaian objektif
|
Objektif pengajaran dan pembelajaran guru berjaya di capai, guru dapat melaksanakan set induksi, langkah 1, langkah 2, langkah 3dan penutup dengan baik.
|
Pentaksiran
|
-Guru telah menjalankan pentaksiran dengan baik, pentaksiran telah wujud dari aktiviti berkumpulan, soal jawab dan lembaran kerja yang diedarkan.
-Guru telah mendekati murid untuk memastikan murid melaksanakan aktiviti yang diberi.
-Guru sentiasa memantau murid dalam menjalankan aktiviti
|
Penguasaan Isi Pelajaran
|
Guru amat pembelajaran dengan baik
|
Penggunaan Alat Bantu Mengajar.
|
- Guru amat cekap dan kreatif dalam penggunaan dan penghasilan alat bantu mengajar.
-Alat bantu mengajar yang dihasilkan amat menarik dan memberi peluang kepada murid untuk lebih mudah memahami perkara yang diajarkan.
-Guru telah menggunaan Ict dalam pengajaran
|
Penutup pengajaran
|
-Guru telah membuat rumusan pengajaran
- Guru telah menyuruh murid melakukan rumusan keseluruhan
|
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
|
Guru telah memberikan refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh.
|
BAHAGIAN C: Sikap dan Sahsiah
Penampilan diri dan ciri-ciri profesional
|
-Guru telah mempamerkan penampilan diri yang agak kemas.
- Guru bersopan santun dan berbudi bahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
- Guru sentiasa menonjolkan sikap yang positif kepada murid.
- Guru menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dan berdedikasi untuk memberi tahap kefahaman yang tinggi kepada murid.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan