Bahagian A: Persediaan 25%.
Objektif
-Objektif yang diberikan adalah secara tepat dan jelas. Buktinya objektif yang diselitkan boleh di ukur dan murid mampu mengikut perkara yang diajarkan berdasarkan sukatan pelajaran.
Perancangan
-Isi kandungan yang disampaikan dan objektif pembelajaran kepada murid adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran.
-Murid memaparkan minat untuk belajar.
Strategi / Kaedah
-Guru menggunakan strategi atau kaedah yang bersesuaian terhadap pembelajaran yang diajarkan iaitu teknik “Cube Watak” dan “ Gallery Walk”. Strategi yang digunakan adalah bersesuaian.
-Guru menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang terdiri daripada bahan namun begitu guru tidak menggunakan bahan bantu mengajar menggunakan unsur-unsur Ict. Guru seharusnya menyelitkan penggunaan unsur Ict juga.
Kemahiran Berfikir / kemahiran berbahasa / nilai
-Guru memberikan rangsangan kepada murid untuk berfikir
-Terdapat nilai-nilai yang guru telah terapkan semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran.
-Guru memberi arahan dengan jelas serta murid memahami maklumat yang disampaikan oleh guru.
-Guru menggunakan kemahiran berbahasa yang bukan daripada bahasa ibunda, guru seeloknya menggunakan bahasa rasmi Bahasa Melayu kepada murid dan bukan berunsur penggunaan dialek.
-Terdapat penilaian dalam pembelajaran.
BAHAGIAN B : Perkembangan 60 %
Permulaan Pengajaran
-Guru telah membuat kesediaan kepada pelajar semasa hendak memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.
-Guru berkeupayaan untuk menarik perhatian murid dengan teknik lakonan semasa permulaan pembelajaran sebagai set induksi kepada guru.
Perkembangan Pengajaran
-Guru telah memberi penerangan dengan baik terhadap jenis perwatakan yang diajar kepada pelajar.
-Guru mengaitkan contoh penerangan tersebut dengan contoh yang lebih mudah difahami.
-Guru perlu memberikan peneguhan positif apabila murid dapat menjawab soalan yang diajukan dengan betul.
Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tingi
-Guru telah bertanya kepada pelajar berdasarkan perwatakan yang diketahui dan ini telah menyumbang kepada kemahiran berfikir aras tinggi pelajar ( KBAT).
Pengurusan Bilik Darjah
-Kelas berjaya dikendalikan dengan baik dan terkawal.
-Guru bijak mengelola dan mengurus bahan yang digunakan
Komunikasi / Pertuturan
-Guru telah berjaya mewujudkan komunikasi dua hala iaitu antara guru dan pelajar serta pelajar dan guru.
-Komunikasi yang diberikan memudahkan murid untuk mendengar arahan guru tetapi seeloknya tidak menggunakan dialek.
-Guru telah berinteraksi terhadap murid dengan berkesan.
Pencapaian objektif
-Objektif pengajaran dan pembelajaran guru berjaya di capai, guru dapat melaksanakan set induksi, langkah 1, langkah 2, dan penutup dengan baik. Seeloknya guru menyediakan langkah 3 bagi menkhaskan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar dari segi lembaran kerja yang berunsurkan Ict.
Pentaksiran
-Guru telah menjalankan pentaksiran dengan baik, pentaksiran telah wujud dari aktiviti berkumpulan, soa jawab dan lembaran kerja yang diedarkan.
-Guru telah mendekati murid untuk memastikan murid melaksanakan aktiviti yang diberi.
Penguasaan Isi Pelajaran
-Guru amat menguasai perwatakan luaran dan perwatakan dalaman dengan baik.
Penyertaan Murid
-Semua murid telah melibatkan diri dengan aktif semasa aktiviti pembelajaran sedang dilaksanakan oleh guru.
-Guru perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang pasif di dalam setiap kelompok mereka.
Penggunaan Alat Bantu Mengajar.
-Guru amat cekap dan kreatif dalam penggunaan dan penghasilan alat bantu mengajar.
-Alat bantu mengajar yang dihasilkan amat menarik dan memberi peluang kepada murid untuk lebih mudah memahami perkara yang diajarkan.
-Guru tidak menggunakan sebarang penggunaan Ict.
Penutup pengajaran
-Guru tidak memberi penutup pengajaran dan tidak memberi peneguhan terhadap rumusan yang berkaitan yang dipelajari.
-Hanya pelajar sahaja yang bertindak memberi rumusan.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
-Guru tidak memberikan refleksi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh.
BAHAGIAN C: Sikap dan Sahsiah (10%)
Penampilan diri dan ciri-ciri profesional
-Guru telah mempamirkan penampilan diri yang agak kemas.
-Guru bersopan santun dan berbudi bahasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
-Guru sentiasa menonjolkan sikap yang positif kepada murid.
-Guru menunjukkan sikap yang bertanggungjawab dan berdedikasi untuk memberi tahap kefahaman yang tinggi kepada murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan