REFLEKSI MAKRO 3





KOD & NAMA KURSUS


SEMESTER 2 SESI 2017/2018

KPD3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2
     
TAJUK: REFLEKSI MAKRO 3






DISEDIAKAN OLEH


NAMA
NO. MATRIK
PROGRAM
NURUL SHAHIRA BT HASSAN
D20151070451
ISMP KESUSASTERAAN MELAYU


KUMPULAN KULIAH: B

PENSYARAH: DR NORDIANA BINTI HAMZAH


MIKRO PENGAJARAN 3

Tarikh:
23 April 2018

Mata pelajaran:
Kesusasteraan Melayu

Hasil Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

8.0 menganalisis nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam drama

Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)

8.2 menjelaskan nilai kemanusiaan dalam drama

8.3 menjelaskan pengajaran dalam drama

ABM/bahan sumber yang digunakan:
Guru telah menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti malting box, kertas warna, trafiq light, buku lembaran kerja.
Pada set induksi, guru telah menggunakan kad bergambar kepada setiap pelajar untuk mengetahui nilai yang perlu dicontohi oleh pelajar berdasarkan gambar tersebut. Sebelum itu, guru telah mengedarkan trafiq light untuk digunakan sebagai simbol jika murid tidak memahami topik yang diajar.
Manakala pada langkah pertama, guru telah menggunakan satu malting box yang diberikan kepada kumpulan untuk menjalankan aktiviti. Berdasarkan malting box itu, murid akan menyatakan definisi nilai dan pengajaran di atas kertas pelekat, dan kemudian akan tampal pada malting box tersebut.
Langkah kedua, guru telah menggunakan satu kotak yang digunakan untuk pelajar mencabut undi bahagian masing-masing. Murid akan mencabut satu kertas yang berisi didalam kotak tersebut. Berdasarkan tugas yang diperolehi, murid akan membina pengajaran.di dalam kotak itu, terdapat kertas yang mempunyai bina pengajaran dan skrip dialog.
Langkah ketiga, guru menggunakan “buku” yang telah dicipta oleh guru sendiri, untuk murid dapat mengenali dengan lebih dekat watak dalam drama, setelah itu, guru telah mengedarkan “piramid bergambar” kepada setiap pasangan untuk murid melaksanakan aktiviti yang akan dijalankan. Dan guru akan mengedarkan kertas lembaran kerja untuk murid siapkan dalam tempoh yang  ditetapkan.
Penutup, guru telah menyuruh wakil murid dalam kelas tersebut untuk membuatkan rumusan keseluruhan dan guru akan embuat rumusan keseluruhan juga.
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah dilaksanakan):

Pengajaran saya pada hari ini adalah berpusatkan kepada guru, murid bahan dan aktiviti. Pengajaran berpusatkan kepada guru adalah pada bahagian tek.

Set induksi:
Saya telah menggunakan kad bergambar kepada murid untuk mereka menghayati gambar-gambar tersebut. Saya telah menyediakan satu kad gambar kepada setiap orang untuk mereka mengetahui mengenai nilai seseorang dalam gambar tersebut.

Langkah 1:
Saya menggunakan teknik “round table” dalam langkah ini, murid akan mencari definisi nilai dan pengajaran mengikut kefahaman mereka. Saya telah menetapkan masa, setelah masa tamat, orang terakhir akan membaca definisi nilai dan pengajaran yang mereka perolehi. Saya menyediakan satu malting box dan kertas untuk mereka mencatat definisi tersebut. 

Langkah 2:
-strategi yang telah saya gunakan dalam pengajaran saya ialah menjalankan aktiviti “siapa milikku’. aktiviti ini dilakukan supaya murid dapat membina pengajaran berdasarkan dialog. Saya telah menyediakan kotak dimana dalam kotak itu mempunyai skrip diolog dan bina pengajaran. Mereka akan mencabut dan bagi yang memperolehi skrip, mereka akan keluar ke hadapan untuk mrmbaca skrip, malah selebihnya, mereka akan membina pengajaran berdasarkan skrip dialog yang dibaca oleh rakannya. Saya telah menggunakan teknik lakonan dan latih tubi.

Langkah 3
Dalam langkah ini saya telah menggunakan teknik pair-think & share tentang nilai dan pengajaran. Aktiviti yang dijalankan dalam langkah ini ialah “kenali dia” dimana murid akan mengenali watak tersebut dan mencari nilai yang terdapat pada watak tersebut dan seterusnya murid akan membina pengajaran. Saya telah menyediakan gambar watak kepada setiap murid untuk mereka mencari dan apabila siap, murid akan membuat pembentangan. Dan juga, saya telah menyediakan lembaran kerja, untuk menguji tahap kefahaman mereka tentang pembelajaran pada hari tersebut.

Penutup
Di akhir pengajaran saya, saya menyuruh wakil dua orang pelajar untuk membuat rumusan keseluruhan tentang topik pengajaran. Dan yang terakhir saya akan membuat rumusan keseluruhan.
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?



Ya hasil pembelajaran saya pada hari ini adalah tercapai, saya dapat mengenal pasti sewaktu saya menjalankan penaksiran. Sepanjang saya mengajar saya mendapati ke semua murid  di dalam kelas itu memahami topik yang telah saya ajar. Selain itu, apabila saya menyuruh mereka mencari jawapan tentang nilai mereka dapat menyenaraikan nilai dengan sebaiknya, malah mereka dapat membina pengajaran dengan baik. Seterusnya saya dapat lihat, apabila pembentangan dijalankan, murid saya dapat membuat pembentangan perseorangan dengan sebaiknya. Yang terakhir adalah apabila saya menguji mereka dengan memberikan lembaran kerja, mereka dapat menjawab dengan tepat. 

Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu? Kalau tidak – mengapa?

Ya murid saya melibatkan diri secara aktif. Saya dapat buktikan apabila saya mengajar murid saya dapat menjawab soalan dengan cepat dan menyatakan pendapat dengan sebaiknya. Mereka memberikan maklum balas apabila disoal, apabila menjalankan sesebuah aktiviti mereka akan menjalankannya tanpa saya memaksa. Saya juga dapat tahu apabila saya melihat lembaran kerja yang saya edarkan mereka telah menjawab dengan tepat, tidak mengambil masa yang lama dalam menyiapkan tugasan tersebut. Malah mereka sering bertanya kepada saya tentang apa yang mereka sukar untuk dibuat, kurang jelas soalan, mereka akan menganggkat  trafiq light yang telah saya edarkan. Malahan juga, ketika sesi pembentangan yang telah dijalankan, murid dapat membuat pembentangan dengan sebaiknya, dan dapat menyatakan jawapan dengan tepat.
Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?


Ketika sesi pengajaran berlangsung, saya tidak mengubah pengajaran saya kerana saya telah membuat perancangan dari awal permulaan lagi.

Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Setelah sudah pengajaran saya pada hari ini, saya baru terfikir mengenai apa yang perlu saya lakukan sebenarnya adalah menggunakan video sebelum permulaan pengajaran.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar saya akan menggunakan pendekatan, aktiviti yang berbeza dalam pengajaran dan pemudahcaraan saya. Hal ini dikatakan dmeikian kerana, aktiviti atau kaedah yang akan digunakan itu dapat menarik minat murid untuk belajar. Saya akan menggunakan aktiviti yang lebih mencabar untuk memberikan peluang kepada mereka untuk berusaha dalam pembelajaran.

Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.

Sepanjang pengajaran saya berlangsung, saya telah menggunakan beberapa teori pengajaran. Antaranya teori kognitif,teori masteri, dan teori komunikatif. Teori kognitif saya guna adalah untuk memberikan ransangan kepada murid terhadap kefahaman yang diajar. Yang terakhir saya menggunakan teori komunikatif. Teori ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap pengajaran yang telah diajar. Setiap kumpulan akan membuat pembentangan di hadapan kelas mengenai tajuk-tajuk yang mereka perolehi dan mereka akan menerangkan dengan lebih jelas kepada rakan yang lain


Tiada ulasan:

Catat Ulasan