REFLEKSI MAKRO 1



        
 

SEMESTER 2 SESI 2017/2018

KPD3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK: REFLEKSI MAKRO1






DISEDIAKAN OLEH


NAMA
NO. MATRIK
PROGRAM
NURUL SHAHIRA BT HASSAN
D20151070451
ISMP KESUSASTERAAN MELAYU


KUMPULAN KULIAH: B

PENSYARAH: DR NORDIANA BINTI HAMZAH


MIKRO PENGAJARAN 1

Tarikh:
11April 2018

Kelas:
4 Cempaka

Mata pelajaran:
Kesusasteraan Melayu

Hasil Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

4.0 menganalisis watak dan perwatakan dalam drama Anna

Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)

4.1 menerangkan definisi watak dan perwatakan

4.2 menerangkan jenis watak dalam drama

ABM/bahan sumber yang digunakan:
Guru menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti, kertas sebak, malting box, kertas warna,marker pen, ‘buku pop sastera”, buku teks ku bentang sehelai peta.
Pada set induksi, guru telah menggunakan kad bergambar kepada murid setiap kumpulan untuk berbincang tentang perwatakan yang terdapat dalam gambar tersebut. Setelah itu, guru menjalankan aktivti soal jawab.
Langkah pertama, guru telah menggunakan menggunakan “buku pop sastera” yang dihasilkan oleh guru, untuk menerangkan tentang watak-watak dalam drama Anna. Setelah itu, guru telah menjalankan aktiviti dengan memanggil dua orang pelajar keluar kehadapan, murid lain akan menyatakan perwatakan yang terdapat pada rakannya. Dan guru telah mengedarkan lembaran kerja untuk disiapkan.
Langkah kedua, guru telah mengedarkan kertas sebak, kertas warna, marker pen, gam kepada pelajar setiap kumpulan untuk menyiapkan tugasan kumpulan yang telah diberikan. Murid akan menyiapkan tugasan tersebut.
Penutup, guru telah menjalankan aktiviti soal jawab dengan pelajar tentang rumusan keseluruhan pengajaran pada hari tersebut.
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah dilaksanakan):

Pengajaran saya pada hari ini adalah berpusatkan kepada guru, murid, bahan dan aktiviti. Pengajaran berpusatkan kepada guru adalah pada bahagian teks, dimana saya telah menggunakan kad bergambar kepada murid untuk mereka menghayati gambar-gambar tersebut dan saya telah memberikan penerangan mengenai watak dan perwatakan. Saya telah menyediakan satu kad gambar kepada setiap ahli kumpulan untuk mereka berbincang mengenai perwatakan seseorang dalam gambar tersebut. Mereka akan mencari perwatakan yang ada dan saya akan menjalani sesi soal jawab berkaitan dengan gambar berkenaan. Ini adalah menunjukkan berpusatkan murid sedang berlangsung.

Langkah 1: saya menerangkan watak-watak yang terdapat dalam drama Anna menggunakan “buku pop up sastera”. saya telah menjelaskan tentang definisi dan nama-nama watak menggunakan buku tersebut. murid memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran. Saya akan menerangkan aktiviti yang akan dijalankan iaitu aktiviti “siapa aku”, murid fokus terhadap penerangan.

Langkah 2: saya menerangkan tentang jenis watak. setelah itu saya mengedarkan kertas kepada setiap kumpulan. murid akan melengkapkan tugasan tersebut menggunakan teknik “peta I-think”.setelah itu, setiap kumpulan akan ke hadapan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan.

Penutup: setelah tamat pembelajaran, saya menyuruh beberapa orang murid untuk membuat rumusan tentang topik pengajaran pada hari ini.
Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?



Ya hasil pembelajaran saya pada hari ini adalah tercapai, saya dapat mengenal pasti sewaktu saya menjalankan penaksiran. Sepanjang saya mengajar saya mendapati majoriti keseluruhan pelajar di dalam kelas itu memahami topik yang telah saya ajar, namun terdapat empat orang murid sahaja yang kurang faham mengenai topik pembelajaran pada hari ini. Saya dapat mengesan apabila saya menyemak lembaran kerja yang saya berikan mereka tidak menjawab dengan tepat dan ada juga yang  tidak jawab dengan lengkap.  Sewaktu saya menjalankan penaksiran itu, saya dapat kenal pasti apabila saya melihat hasil pembelajaran mereka, menjalankan aktiviti “peta I-think” untuk menyatakan jenis-jenis watak dalam drama dengan lengkap dan mereka dapat  membuat pembentangan dengan sebaiknya dan ketika pembentangan itu dijalankan, mereka dapat menghuraikan dan melengkapkan dengan jelas. Melalui penaksiran inilah saya dapat mengesan bahawa hasil pembelajaran sayaa tercapai, kerana mereka dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan sempurna tanpa ada seorang pun murid yang tidak menjalankan kerja kumpulan, malah mereka sama-sama memberikan sokongan sesama merka dalam sesi pembentangan.

Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu? Kalau tidak – mengapa?

Ya murid saya melibatkan diri secara aktif. Saya dapat buktikan apabila saya mengajar murid saya dapat menjawab soalan dengan cepat. Mereka memberikan maklum balas apabila disoal, apabila menjalankan sesebuah aktiviti mereka akan menjalankannya tanpa saya memaksa, mereka akan berbincang dan menubuhkan kumpulan untuk mengikuti sesi pengajaran pada hari ini. Saya juga dapat tahu apabila saya melihat lembaran kerja yang saya edarkan mereka telah menjawab dengan tepat, tidak mengambil masa yang lama dalam menyiapkan tugasan tersebut. Malah mereka sering bertanya kepada saya tentang apa yang mereka sukar untuk dibuat, kurang jelas soalan, mereka akan menganggkat  trafiq light yang telah saya edarkan, dan saya akan terus ke kumpulan tersebut. Malahan juga, ketika sesi pembentangan yang telah dijalankan, kesemua ahli kumpulan akan keluar ke hadapan untuk membentangkan hasil kerja mereka dan ahli kumpulan akan bergilir-gilir untuk membentangkan hasil mereka.
Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?


Ketika sesi pengajaran berlangsung, saya telah mengubah pengajaran saya. Hal ini kerana, perancangan yang saya rancangkan adalah tidak tepat dengan jangkaan saya. Saya hanya mengubah masa sahaja dengan cara mempercepatkan masa pada bahagian penutup kerana kekurangan masa.

Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Setelah sudah pengajaran saya pada hari ini, saya baru terfikir mengenai apa yang perlu saya lakukan sebenarnya. Pada set induksi sepatutnya saya menayangkan video terlebih dahulu untuk memberikan kefahaman kepada murid tentang drama Anna, malahan juga, memanggil beberapa orang murid untuk menjadi watak-watak dalam drama agar murid dapat mengetahui watak-watak yang ada dalam drama.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar saya akan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam pengajaran dan pemudahcaraan saya. Contohnya, semasa pengajaran saya menggunakan pendekatan mengalami-menghayati, maka pada peluang ini saya akan menggunakan pendekatan berfokus pula. Hal ini dikatakan demikian kerana, saya akui murid-murid akan lebih menyukai apabila pengajarannya yang berlainan, dan juga jika pendekatan yang berbeza, saya akan menggunakan idea yang baharu dalam pengajaran tersebut. Malahan, saya juga akan menggunakan teknik-teknik yang berlainan dengan sebelumnya, hal lebih menarik minat murid lagi dalam pembelajaran dan mencari idea murid yang baharu.

Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.

Sepanjang pengajaran saya berlangsung, saya telah menggunakan beberapa teori pengajaran. Antaranya teori kognitif,teori masteri, dan teori komunikatif. Teori kognitif saya guna adalah untuk memberikan ransangan kepada murid terhadap kefahaman yang diajar.Selain itu, saya menggunakan teori masteri dalam pengajaran, dimana sepanjang pengajaran saya, saya akan menggunakan papan putih dihadapan untuk menyatakan topik apa yang ingin di ajar, maklumat-maklumat dan isi-isi penting dalam pengajaran. Yang terakhir saya menggunakan teori komunikatif. Teori ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap pengajaran yang telah diajar. Setiap kumpulan akan membuat pembentangan di hadapan kelas mengenai tajuk-tajuk yang mereka perolehi dan mereka akan menerangkan dengan lebih jelas kepada rakan yang lain














Tiada ulasan:

Catat Ulasan