REFLEKSI MAKRO 2


 








SEMESTER 2 SESI 2017/2018

KPD3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK :
REFLEKSI MAKRO 2







DISEDIAKAN OLEH


NAMA
NO. MATRIK
PROGRAM
NURUL SHAHIRA BT HASSAN
D20151070451
ISMP KESUSASTERAAN MELAYU


KUMPULAN KULIAH: B

PENSYARAH: DR NORDIANA BINTI HAMZAH



MIKRO PENGAJARAN 2

Tarikh:
12 April 2018
Kelas:
4 Cempaka
Mata pelajaran:
Kesusasteraan Melayu
Hasil Pembelajaran:
Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

4.0 menganalisis watak dan perwatakan dalam drama Anna

Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)

4.1 menerangkan definisi watak dan perwatakan

4.2 menerangkan jenis watak dalam drama

ABM/bahan sumber yang digunakan:
Guru telah menggunakan bahan bantu mengajar seperti kotak, malting box, kertas,marker , buku ku bentang sehelai peta.
Set induksi, guru telah menyuruh dua orang pelajar membuat lakonan di hadapan mengenai perwatakan. Murid lain akan meneka sikap perwatakan murid yang melakonkan itu dan guru bersoal jawab dengan murid.
Langkah pertama, guru telah menggunakan kotak untuk aktiviti “cube watak” untuk dijalankan oleh setiap kumpulan. Murid akan mencari perwatakan berdasarkan watak yang mereka perolehi daripada “cube watak” tersebut. Guru juga telah mengdarkan “trafiq light” kepada setiap kumpulan untuk menggunakan semasa pembelajaran.
Langkah kedua pula, guru telah mengedarkan “piramid bergambar” hasil daripada malting box dan kertas warna. Murid akan menghasilkan perwatakan berdasarkan watak, dan murid akan menulis dia atas kertas warna, setelah itu, murid akan menampal pada “piramid’ tersebut.
Strategi pengajaran yang digunakan hari ini (terangkan bagaimana strategi telah dilaksanakan):

Pengajaran saya pada hari ini adalah berpusatkan kepada guru, murid dan bahan. Pengajaran berpusatkan guru dimana saya telah membuat penerangan mengenai watak dan perwatakan, watak dalaman & watak dalaman. Manakala pengajaran berpusatkan murid adalah pada permulaan pengajaran saya, saya telah menyuruh murid untuk membuat lakonan dihadapan pada set induksi. Setelah itu, saya membuat sesi soal jawab dengan pelajar berkaitan dengan perwatakan yang dilakonkan oleh murid tersebut.  Ini adalah menunjukkan berpusatkan murid sedang berlangsung.
Manakala, saya telah menyediakan beberapa aktiviti yang akan mereka jalankan dalam kumpulan seperti aktiviti menggunakan “cube watak” untuk mereka menghuraikan perwatakan dalaman dan luaran bagi watak yang mereka perolehi. Selain itu juga, saya telah menjalankan aktiviti seperti “gallery walk’. mereka akan berbincang di dalam kumpulan mengenai isi-isi penting dan saya akan membuat pergi dari satu kumpulan ke satu kumpulan untuk lebih mendekati mereka mengenai pembelajaran tersebut.

Adakah hasil pembelajaran saya dicapai? Bagaimana saya tahu?



Ya hasil pembelajaran saya pada hari ini adalah tercapai, saya dapat mengenal pasti sewaktu saya menjalankan penaksiran. Sepanjang saya mengajar saya mendapati majoriti keseluruhan pelajar di dalam kelas itu memahami topik yang telah saya ajar, namun terdapat empat orang murid sahaja yang kurang faham mengenai topik pembelajaran pada hari ini. Saya dapat mengesan apabila saya menyemak lembaran kerja yang saya berikan, ada juga yang tidak menjawab dengan tepat dan tidak jawab dengan lengkap dan selebihnya mereka dapat menjawab dengan sebaiknya. Sewaktu saya menjalankan penaksiran itu, saya dapat kenal pasti apabila saya melihat hasil pembelajaran mereka, menjalankan aktiviti “cube watak”, “piramid bergambar” mereka dapat melakukan dengan sebaiknya. Malah kesemua ahli kumpulan dapat menghuraikan perwatakan dalaman dan luaran, dapat membandingkan watak-watak dalam drama dengan tepat dan jelas serta mereka menjalankan pembentangan dengan lancar dan menghuraikan tentang watak-watak tersebut dengan tepat.
Melalui penaksiran inilah saya dapat mengesan bahawa hasil pembelajaran saya tercapai, kerana mereka dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan sempurna tanpa ada seorang pun murid yang tidak menjalankan kerja kumpulan, malah mereka sama-sama memberikan sokongan sesama merka dalam sesi pembentangan.

Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif /aktif? Kalau ya - bagaimana saya tahu? Kalau tidak – mengapa?

Ya murid saya melibatkan diri secara aktif. Saya dapat buktikan apabila saya memanggil dua orang wakil untuk melakonkan di hadapan, mereka dengan kerelaan hati untuk keluar ke hadapan untuk melakonkan, walaupun kali pertama mereka melakonkan, namun mereka cuba untuk melakukannya. Selain itu, mereka melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan, mereka sama-sama berbincang dan berkongsi idea dan mencari maklumat-maklumat dengan bersungguh-sungguh. Malahan juga, ketika aktiviti “gallery walk” mereka bergerak dari kumpulan ke satu kumpulan untuk mendengar rakan-rakan berkongsi ilmu. Selain itu, saya dapat mengesan murid melibatkan secara aktif apabila saya memberikan lembaran kerja, mereka menjawab dan bertanyakan soalan yang mereka kurang jelas, mereka sering bertanya sehingga dapat menjawab dengan sebaiknya. Akhir sekali, saya menyuruh setiap kumpulan akan keluar ke hadapan untuk menerangkan tentang watak dalaman dan luran hasil daripada perbincangan mereka jalankan dan menunjukkan hasil kerja kumpulan.

Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran saya? Mengapa?


Tidak, saya tidak mengubah pengajaran saya pada hari ini, kerana saya telah membuat perancangan awal mengenai pengajaran. Dari segi masa, saya tidak menggunakan masa terlebih lama daripada masa yang telah saya tetapkan.

Apakah bantuan tambahan, sokongan, dan / atau sumber-sumber lain yang dapat mempertingkatkan pelajaran ini lagi?

Setelah sudah pengajaran saya pada hari ini, saya baru terfikir mengenai apa yang perlu saya lakukan sebenarnya. Memandangkan saya memilih tentang watak dan perwatakan menggunakan kaedah mengalami-menghayati, tetapi saya hanya membuat lakonan murid sekali sahaja. Sepatutnya saya akan menyediakan alat-alat yang boleh mereka gunakan untuk melakonkan bagi kelihatan lebih realiti dan menarik sepertimana yang terdapat dlaam drama Anna tersebut. Sepatutnya, saya akan memelih beberapa orang untuk dijadikan watak-watak dan melakonkan sahaja di dalam kelas. Hal ini dikatakan supaya murid-murid lebih memahami dan menghayati tentang watak-watak yang terdapat dalam drama Anna tersebut.

Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, apakah yang saya akan buat secara berbeza? Mengapa?
Saya akan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam pengajaran dan pemudahcaraan saya. Contohnya, semasa pengajaran saya menggunakan pendekatan mengalami-menghayati, maka pada peluang ini saya akan menggunakan pendekatan berfokus pula. Hal ini dikatakan demikian kerana, saya akui murid-murid akan lebih menyukai apabila pengajarannya yang berlainan, dan juga jika pendekatan yang berbeza, saya akan menggunakan idea yang baharu dalam pengajaran tersebut. Malahan, saya juga akan menggunakan teknik-teknik yang berlainan dengan sebelumnya, hal lebih menarik minat murid lagi dalam pembelajaran. Selain itu juga, saya akan menggunakan kaedah pembelajaran yang berlainan, contohnya sebelum ini saya menggunakan teknik “gallery walk” mungkin pada kali ini saya akan membuat aktiviti “hot seat” agar murid dapat mencari idea dan memberikan pendapat yang lebih berkesan.
Apakah teori pengajaran dan pembelajaran yang saya telah praktikan dalam kelas saya? Terangkan dengan ringkas.

Sepanjang pengajaran saya berlangsung, saya telah menggunakan beberapa teori pengajaran. Antaranya teori kognitif,teori masteri, dan teori komunikatif. Teori kognitif saya guna adalah untuk memberikan ransangan kepada murid terhadap kefahaman yang diajar. Malah, saya menggunakan  teknik gallery walk supaya mereka dapat berfikir dan berbincang sesama ahli kumpulan untuk mencari maklumat dan idea-idea yang bernas. Selain itu, saya menggunakan teori masteri dalam pengajaran, dimana sepanjang pengajaran saya, saya akan menggunakan papan putih dihadapan untuk menyatakan topik apa yang ingin di ajar, maklumat-maklumat dan isi-isi penting dalam pengajaran. Yang terakhir saya menggunakan teori komunikatif. Teori ini amat sesuai digunakan dalam pengajaran untuk menilai tahap kefahaman murid terhadap pengajaran yang telah diajar. Setiap kumpulan akan membuat pembentangan di hadapan kelas mengenai tajuk-tajuk yang mereka perolehi dan mereka akan menerangkan dengan lebih jelas kepada rakan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan